Saturday, May 22, 2010

Buku-buku Baru...

INI BUKAN BUKU TERPAKAI...BUKU2 INI SEMUANYA BARU 
(MASIH BERADA DI DALAM PLASTIK)

Tajuk : Terasa Ada Cinta
Pengarang : Ezi Afiza & Syima Syawal
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 19.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Memori di waktu persekolahan, tiada siapa yang dapat melupakan. Gembira, benci, geram, sakit hati dan perasaan bersalah kadangkala membuat diri tidak keruan. Walau bermati-matian menyangkal teman tapi mesra itu tidak mungkin menjadi cinta sejati, tapi dapatkah hati menolak takdir Ilahi?
   Farel dan Amani Widad sedaya upaya menjadi pecinta yang setia. Tidak kira hujan atau ribut, mereka tetap mempertahankan cinta mereka. Cinta Farel telah tercipta buat Maya... Kasih Amani Widad pula utuh buat Amirul. Kedua-duanya amat taksub dengan kesetiaan yang dicipta. Manakala Imran Hakimi dan Arianna pula menjadi teman yang setia. Sentiasa ada dikala susah dan senang.
   Berjayakah mereka mempertahankan cinta dengan hanya sekadar bersandarkan setia satu pihak? Tidakkah hati bergetar bila cinta yang hakiki datang menyapa?


Tajuk : Dengarlah Duhai Hati
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 18.90
Harga EAZYBOOK : RM18.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan yang aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila gadis itu memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.
   Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.
   Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya bertambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman? Dan, bolehkah Hadi mendapatkan cinta Insyirah yang mekar dalam jiwanya sejak dahulu? 


Tajuk : Kerana C.I.N.T.A
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Kaki Novel
Harga Pasaran : RM 16.00
Harga EAZYBOOK : RM16.00 (termasuk postage)
Status : AVAILABLE




   Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cina mereka sengsara.
   CINTA - Seorang gadis yang kematian ibu bapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuat dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya. Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri yang berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri...
   HAIRI - Cintanya terhadap Salina tiada tandingannya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarga. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang disayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. Namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri...

   Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namunmereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A.


Tajuk : Lakaran Rindu
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 8.90
Harga EAZYBOOK : RM 8.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
   Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan yang berikutnya. Karina tetap melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.
   Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya kerana sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri daripada semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu? Dan, siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mngisi hari-harinya?


Tajuk : Diam-diam Rindu
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 18.90
Harga EAZYBOOK : RM 18.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Elisya seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun adakalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberi semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapa di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.
   Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?
   Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.

Thursday, April 15, 2010

Novel Terpakai Dengan Harga Murah...

EAZYBOOK kali ini menawarkan novel-novel terpakai baru dan lama untuk anda. Novel-novel ini dijual dengan harga murah (kerana novel terpakai) tetapi novel masih dalam keadaan baik dan kandungannya juga tiada cacat celanya. Novel-novel ini mungkin sudah tiada di pasaran lagi. Jadi, jika anda berminat, apa tunggu lagi!!!

















Tajuk : Moga Kau Mengerti
Pengarang : Lily Haslina Nasir
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 14.00
Status : SOLD TO SUHAILA
[klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Ternyata Cinta
Pengarang : Damya Hanna
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 14.00
Status : AVAILABLE
[Klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Hadirnya Cinta
Pengarang : Pitteriah Abdullah
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 15.00
Harga EAZYBOOK : RM 9.00
Status : SOLD
[Klik di sini utk sinopsis]

















Tajuk : Cinta Sang Pari-pari
Pengarang : Maya Adeila
Harga pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 14.00
Status : SOLD TO ADILA















Tajuk : Aku Cinta Kamu
Pengarang : Ebriza Aminuddin
Penerbit : CESB
Harga pasaran : RM 16.90
Harga EAZYBOOK : RM10.00
Status : AYAILABLE
[klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Kasih Seharum Lavender
Pengarang : Eita Ashyta
Penerbit : Kaki Novel
Harga pasaran : RM 19.90
Harga EAZYOOK : RM 12.00
Status : AVAILABLE
[klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Kau Laksana Bulan
Pengarang : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Harga pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 13.00
Status : AVAILABLE
[klik di sni utk sinopsis]















Tajuk : Pelabuhan Kasih
Pengarang : Lily Suriani
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 14.00
Harga EAZYBOOK : RM 9.00
Status : SOLD TO MARIA















Tajuk : Tiada Noktah Cinta
Pengarang : Emma Mazura
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 17.00
Harga EAZYBOOK : RM 11.00
Status : SOLD TO SUHAILA
[klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Dekat di Hati
Pengarang : Eyman Hykal
Penerbit : Alaf 21
Harga pasaran : RM 17.00
Harga EAZYBOOK : RM 12.00
Status : AUAILABLE
[klik di sini utk sinopsis]















Tajuk : Menyemai Cinta
Pengarang : Iffa Irdina
Penerbit : Nylea Publishing
Harga pasaran : RM 21.90
Harga EAZYBOOK : RM 16.00
Status : AVAILABLE
[klik di sini utk sinopsis]

Jadi, sebarang pertanyaan dan jika berminat, bolehlah mesej ke no. 017-3187578 atau e-mailkan kepada e_eazyshop@yahoo.com atau anda boleh tinggalkan pesanan di blog kami.
Terima kasih.

















Moga Kau Mengerti...

Sinopsis:

Perpisahan membuat Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, Dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayal kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

Ternyata Cinta...

Sinopsis:

Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia Remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL-Lelaki pertama yang berjaya mencuri perjatian. Kacak, mewah dan romantis! Itulah ciri-ciri keistimewaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM-Kehadiran lelaki itu kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta tu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya dem cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah miik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segalanya.

Hadirnya Cinta...

Sinopsis:

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama anak hartawan bernama Daniel Ezairy.

Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadila tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang denga Amran.

Pelbagai cara dilakukan untuk menark perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kesah perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Sebaik sahaja dibebaskan, Yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu yang adiknya, Hasliza sudah berkahwin dengan Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya.

Sejak pulang Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali kebahagiaan yang baru dibina. Manakala Yasmin Nadilla tidak dapat menerima hakikat yang Amran menjadi adik iparnya. Seboleh-boleh dia ingin merebut kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku sehinggakan Yasmin Nadilla membaa diri ke Terengganu.

Di Terengganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?

Aku Cinta Kamu..

Sinopsis:

Bukan setahun dua aku simpan rasa tersinggungku ini padamu. Bertahun lamanya aku biarkan ia begitu... dan terus kekal begitu. Sehinggalah bila kita ditemukan semula, kau dan aku rupa-rupanya telah jauh berbeza. Masa dan keadaan mengajar aku menjadi manusia cepat pandai. Namun tidak cepat untuk melupakan... dan sesekali tidak akan melupakan. Ezzy...andai paras rupa yang menjadi taruhan... Sya rela meletakkan diri ini sebagai taruhanmu. Sya akan lakukan demi sebuah dendam. dan itulah yang tidak mampu Sya lakukan sejak dulu lagi... ingin melihat kau tersungkur di hujung kaki seorang perempuan yang hati telah 'mati' kerana dicuri. Lalu aku pun bermain 'sembunyi-sembunyi' untuk mengaburkan mata dan hatimu. Dan kau tidak pernah mengesyaki kewujudanku di tengah-tengah gelanggang permainanmu. Sedang aku saban waktu tersenyum menang pada setiap permainan yang engkau ciptakan. Kemenangan yang aku raikan bersama teman-teman. Kemenangan yang seringnya menerbitkan rasa rindu dan kasihku padamu. Kerana hatiku sebenarnya telah lama tewas pada setiap permainan ciptaanmu...

Wednesday, April 14, 2010

Kasih Seharum Lavender...

Sinopsis:


Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun disebalik itu, kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi sebegitu!

Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di sat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?

Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawasebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah?

Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima walaupun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?

Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannyadan antara cintanya sendiri yang baru berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.

Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemilikna? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

Kau Laksana Bulan...

Sinopsis:


Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesah perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki ini mampu menggangu konsentrasinya. Akhirnya sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan kini mula menghantui hidupnya!

"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"


Kau Laksana Bulan... pastinya merupakan novel yang mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus membaca untuk mencari jawapan kepada teka-tekidalam perjalanan cerita!

Tiada Noktah Cinta...

Sinopsis:


Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin bertukar menjadi igauan ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.

Hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperti dikejar oleh bayang-bayang sendiri. Begitu takut untuknya berpaling apatah lagi melangkah. Bagi dirinya, di kiri kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah. Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas. Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu. Dan... dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.

Sesekali, Fitrah ingin membebaskan diri daripada rantai kenangan itu. Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai. Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah? Kadangkala dia rimas dengan belenggu itu. Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dengan kasih sayang.

Kehadiran Daniel seperti tepat pada ketikanya. Tetapi, Fitrah seakan bermain dengan masa. Baginya, cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan! Namun, gembirakah Fitrah dengan keputusan itu? Atau, luka lamanya akan berdarah kembali?

Dekat di Hati...

Sinopsis:


Tujuh belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka oleh kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas berishtikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hudupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah 'mati'.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya yang mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.

Menyemai Cinta...

Sinopsis:


Hidup selepas kematian ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remajademi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantun membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialah segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yang selama ini dianggap abang membuat dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuat dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Terlalu luhur cinta itu. Terlalu indah pula nikmatnya... membuat dia terlalu mensyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.