Saturday, May 22, 2010

Buku-buku Baru...

INI BUKAN BUKU TERPAKAI...BUKU2 INI SEMUANYA BARU 
(MASIH BERADA DI DALAM PLASTIK)

Tajuk : Terasa Ada Cinta
Pengarang : Ezi Afiza & Syima Syawal
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 19.90
Harga EAZYBOOK : RM 19.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Memori di waktu persekolahan, tiada siapa yang dapat melupakan. Gembira, benci, geram, sakit hati dan perasaan bersalah kadangkala membuat diri tidak keruan. Walau bermati-matian menyangkal teman tapi mesra itu tidak mungkin menjadi cinta sejati, tapi dapatkah hati menolak takdir Ilahi?
   Farel dan Amani Widad sedaya upaya menjadi pecinta yang setia. Tidak kira hujan atau ribut, mereka tetap mempertahankan cinta mereka. Cinta Farel telah tercipta buat Maya... Kasih Amani Widad pula utuh buat Amirul. Kedua-duanya amat taksub dengan kesetiaan yang dicipta. Manakala Imran Hakimi dan Arianna pula menjadi teman yang setia. Sentiasa ada dikala susah dan senang.
   Berjayakah mereka mempertahankan cinta dengan hanya sekadar bersandarkan setia satu pihak? Tidakkah hati bergetar bila cinta yang hakiki datang menyapa?


Tajuk : Dengarlah Duhai Hati
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 18.90
Harga EAZYBOOK : RM18.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Insyirah selalu menjadi mangsa kebencian emaknya hanya kerana dia tidak sehebat abang-abangnya. Hatinya memberontak dengan sikap emaknya. Hanya ayahnya dan Hadi memahami dirinya. Hadi, rakan yang dikenali sejak kecil menjadi tempat dia mengadu. Hubungan rapat antara Insyirah dan Hadi membuahkan satu perasaan yang aneh dalam diri Hadi namun dipendamkan sahaja. Ternyata Insyirah menganggap Hadi sebagai sahabat apabila gadis itu memperkenalkan Aiman sebagai teman istimewa.
   Perkenalan dengan Aiman merubah semuanya. Pertama kali Insyirah mengenal erti cinta dan pertama kali dia membenarkan hatinya ditakluki. Dengan rela, dia menerima lamaran Aiman tanpa sedar akan perasaan Hadi terhadapnya. Namun, keindahan yang dinikmati hanya sementara.
   Insyirah tertekan apabila Aiman menghilangkan diri dan penderitaannya bertambah dengan pemergian ayah yang disayangi. Dugaan demi dugaan membuatkan dia hilang pertimbangan. Dalam menghadapi kemelut itu, Hadi datang menjadi penyelamat. Namun, mampukah dia melupakan Aiman? Dan, bolehkah Hadi mendapatkan cinta Insyirah yang mekar dalam jiwanya sejak dahulu? 


Tajuk : Kerana C.I.N.T.A
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Kaki Novel
Harga Pasaran : RM 16.00
Harga EAZYBOOK : RM16.00 (termasuk postage)
Status : AVAILABLE




   Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cina mereka sengsara.
   CINTA - Seorang gadis yang kematian ibu bapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuat dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya. Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri yang berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri...
   HAIRI - Cintanya terhadap Salina tiada tandingannya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarga. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang disayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. Namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri...

   Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namunmereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A.


Tajuk : Lakaran Rindu
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 8.90
Harga EAZYBOOK : RM 8.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
   Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan yang berikutnya. Karina tetap melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri.
   Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya kerana sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri daripada semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu? Dan, siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mngisi hari-harinya?


Tajuk : Diam-diam Rindu
Pengarang : Ezi Afiza
Penerbit : Fajar Pakeer
Harga Pasaran : RM 18.90
Harga EAZYBOOK : RM 18.00 (free postage)
Status : AVAILABLE



   Elisya seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun adakalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberi semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapa di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.
   Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?
   Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.

No comments:

Post a Comment