Wednesday, April 14, 2010

Dekat di Hati...

Sinopsis:


Tujuh belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka oleh kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas berishtikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.

Susah hudupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah 'mati'.

Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya yang mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment